Air Subsidi Dari Barisan Rakyat

March 17, 2008

Tak sampai seminggu Barisan Rakyat mentadbir negeri Selangor, rakyat akan di beri subsisdi air sebanyak 20 meter padu air bersamaan RM 11.40 mulai April ini. Walaupun jumlahnya tak sebesar mana tetapi sekurang-kurangnya ia meringankan juga beban rakyat. Ini baru langkah permulaan. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menanggung kos sebanyak RM 11.4 juta sebulan. Ini baru di katakan Negara Berkebajikan!

Di bawah pimpinan Barisan Nasional jangan di katakan air subsidi, bekalan air paip pun masih belum di salurkan di setengah-setengah kawasan kampung dan pendalaman.

KS - Masih terkenang-kenang pedihnya semburan air dari ‘Water Cannon’ di zaman reformasi dahulu. Itu pun kira air subsidi juga dari kerajaan BN….hehehe. Atuk Ks, baik-baik tulis, nanti kena ISA pulak.


Biasan

March 15, 2008

BANTAH…Sebahagian daripada ahli UMNO dan pelbagai NGO di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman berhampiran bangunan Komtar, semalam, sebagai membantah tindakan kerajaan baru pimpinan DAP mahu menghapuskan amalan DEB.

Semalam Umno P.Pinang mengadakan perhimpunan ‘Aman’ di Komtar. Di akhbar Utusan Malaysia perhimpunan yang di klasifikasikan sebagai perhimpunan ‘Aman’ ini di paparkan di muka hadapan sekali. Wah! sejak bila pula akhbar ini pandai melebelkan atau mengklasifikasikan antara perhimpunan aman dan perhimpunan ‘Haram’.

Begitulah sikap Utusan Malaysia yang ‘double standard’. Jika perhimpunan itu di anjurkan oleh Bersih atau Barisan Rakyat ia di anggap haram. Bila orang Umno yang menganjurkannya, ia di panggil perhimpunan aman malah diberi liputan dan dipaparkan di muka hadapan akhbar. Inilah sikap akhbar yang menjadi ‘kaki ampu’ kepada Umno khasnya BN. Sikap dan budaya ‘mengampu’ inilah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan undi kepada BN di PRU tempohari.

Tidak cukup di akhbar, TV3 juga mempromosikan lagi perhimpunan ‘haram’ (layak dipanggil haram) itu dengan memberi ruang kepada para peserta perhimpunan haram itu meluahkan kata-kata di kaca TV3. Cukup-cukuplah tu TV3, rakyat sudah mual dengan propaganda jelek kamu!

Syabas Polis P.Pinang!, di bawah kerajaan Barisan Rakyat yang di pimpin oleh YB Lim Guan Eng. Tiada tangkapan yang di buat. Begitu juga tiada gas pemedih mata dan air water cannon yang di lepaskan kepada peserta perhimpunan haram. Ini barulah dikatakan kerajaan ‘Mesra Rakyat’.

Apa komen Pak Lah dengan perhimpunan haram ini? Senyap seribu bahasa. Sekarang ludah sudah terpalit ke muka sendiri! Perhimpunan haram kini sudah menjadi budaya Umno pula. Terbias!

Di perhimpunan agung Umno tempohari, KJ mengumpamakan peserta-peserta perhimpunan haram sebagai ‘Beruk-beruk’ di jalanraya. Sekarang tiba pula giliran beruk-beruk Umno meloncat-loncat di jalanan. Alahai kesiannya!

Agak-agaknya berapa bungkus nasi kandar yang diberikan kepada peserta-peserta perhimpunan haram itu? Sudah menjadi budaya Umno, disogok baru mahu berkerja.

Ks - Nampak gaya tulisan-tulisan tuan blog pun terbias kepada isu semasa. Geram! dengan sikap media kerajaan BN yang cuba mencetuskan keresahan dan kebencian kepada pemerintahan di bawah Barisan Rakyat.


Comelnya Hati Orang Umno!

March 13, 2008
Badan Perhubungan Umno P.Pinang mengesyorkan kepada kerajaan pusat agar menarik balik semua projek mega di Pulau Pinang. (Berita di TV3/NTv7 hari ini)

Inilah sikap setengah-setengah pemimpin Umno, busuk hati dan berdendam!. Mereka lebih suka melihat rakyat P.Pinang merempat. Bertujuan memadankan muka rakyat P.Pinang yang memilih Barisan Rakyat di PRU tempohari. Apalah salahnya jika projek-projek terebut di teruskan. Anak cucu cicit mereka juga yang akan menikmati kemudahan tersebut di masa hadapan.

Sikap berdendam ini jugalah yang ada pada hati orang Umno sewaktu Pas mengambil alih Terengganu pada PRU 1999. Royalti minyak ditarik balik untuk menyusahkan kerajaan negeri.

Yang menganiayakan rakyat atau orang melayu di P.Pinang nanti bukanlah orang cina atau pun DAP, tetapi orang melayu itu sendiri. Iaitu orang Umno!

Sekiranya Kelantan diambil alih oleh BN pada PRU yang baru lalu, rasa-rasanya tergamakkah Tuan Guru Dato’Nik Aziz berbuat seperti yang cuba dilakukan oleh pihak Umno ini? InsyaAllah Tidak!

Duit untuk projek-projek mega itu bukan duit umno! juga bukan duit dari kocek Pak Lah. Itu duit rakyat yang membayar segala jenis cukai. Malulah sikit….

Suara Rakyat Suara Keramat -

March 12, 2008
Dua hari lepas aku berkata blog ini akan berhenti bercakap tentang politik. Nampak gaya aku terpaksa mungkir janji. Hal politik semasa masih menjadi pilihanku. Di RTM mahu pun di TV3 asyik menyiarkan propoganda BN. Cuba menimbulkan keresahan dan kebencian rakyat kepada parti Barisan Rakyat yang berjaya memerintah di lima buah negeri. Begitu juga dengan akhbar-akhbar arus perdana. Tidak henti-henti cuba menaburkan fitnah kepada Barisan Rakyat.

Yang lawaknya, ada di antara rakyat/pengundi yang tiba-tiba bersuara meminta Barisan Rakyat yang menang menunaikan manifesto yang di janjikan. Minta di turunkan harga petrol dan minta di hapuskan tol. Aku yakin mereka-mereka ini adalah di kalangan mereka yang memberi undi kepada BN tempohari. Mereka tidak faham akan isi kandung manifesto Barisan Rakyat.

Segala janji-janji di dalam manifesto tersebut boleh di zahirkan sekiranya Barisan Rakyat memegang tampuk pemerintah negara. Malaysia masih lagi di bawah kerajaan BN. Kuasa menurunkan harga petrol dan menghapuskan tol masih lagi di tangan BN.

Itulah! bila diberi peluang untuk mengubah kerajaan yang ada, mereka-mereka ini tidak berani melakukannya. Sekarang dok sibuk-sibuk menagih janji mengalahkan mereka yang mengundi Barisan Rakyat. Nak tumpang se kakilah tu!

Mari kita tengok video ini. Walaupun PRU sudah berakhir tetapi video ini masih relevan. Kuasa memilih di tangan rakyat, samada nak menaikkan atau nak menjatuhkan parti yang memerintah.

Doa rakyat-rakyat yang di zalimi mustajab. Dahulu kerajaan Selangor merobohkan rumah-rumah rakyat. Hari ini tiba pula giliran rakyat merobohkan kepimpinan kerajaan Selangor. Satu pengajaran buat Dato’ Seri Khir Toyo dan kerajaan BN. Rakyat telah membuktikan. Kuasa di tangan rakyat bukan di tangan Dato’ Seri Khir Toyo. Tahniah buat pengundi di Selangor.

Sila ‘Off’ kan lagu blog untuk menonton.

Di hari kejadian , hanya wakil rakyat DAP, Pas dan Keadilan yang kelihatan. Wakil rakyat BN kemana menghilang?

Kisah Hari Mengundi – sambungan

March 10, 2008
Inilah pertama kali dia keluar rumah sejak pembubaran parlimen. Tersenyum dia melihat kibaran bendera-bendera di kiri dan kanan jalan. Barulah dia terasa bahang pilihanraya walaupun kempen pilihanraya sudah pun berakhir semalam. Selama tempoh dua minggu berkempen, dia hanya dapat menyaksikan melalui internet dan dari kaca TV. Sambungannya..

Kereta di pandu oleh menantunya menuju ke Balai Raya Kg. Tanjung. Di sini isterinya akan mengundi untuk Dun Semenyih N24. Sepanjang jalan, bendera BN berkibar megah. Cuma sesekali saja kelihatan bendera Pas dan Keadilan.

“Jangan lupa undi bulan ya!” pesannya pada isteri sebaik saja sampai di depan pusat pembuangan undi.

Dia menanti isterinya di dalam kereta. Suasana di tempat pengundian agak lengang. Cuaca agak panas ketika itu. Kelihatan perayu-perayu undi BN mundar mandir menanti pengundi.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian isterinya muncul kembali. Nampak senyuman di wajah isterinya. Mungkin senyum kerana berpuashati dapat memangkah calon pilihan hati. Adakah Johan calon BN pilihan isterinya? Entahlah…

Sebaik sahaja masuk ke kereta, isterinya bersuara, “Nak tahu Ain pangkah apa?”

“Tengok muka sikit! hemm…pangkah bulan!” kata suaminya sambil tersenyum.

“Undi adalah rahsia!” kata isterinya. Mereka lima beranak berteka-teki di dalam kereta.

Kereta bergerak perlahan menuju ke Bandar Kajang ke pusat pengundian. Kini tiba gilirannya pula mengundi. Walaupun tinggal di Dun Semenyih tetapi dia mengundi di Dun Kajang. Tidak sempat nak menukar kawasan mengundi.

Sepanjang jalan matanya galak memerhatikan poster dan bendera di kiri dan kanan jalan. Dia terkenangkan waktu berkempen ketika sihat dulu. Kini semuanya hanya tinggal kenangan.

“Jika ayah sihat pasti kereta ni di penuh dengan pelekat dan bendera BA,” katanya kepada anak-anaknya apabila ternampak beberapa buah kereta mengibarkan bendera parti.

Sampai di luar pusat pengundian keretanya di sambut oleh perayu-perayu undi. Perayu undi dari parti BN lebih mesra untuk membantu. Sedangkan perayu dari parti BA tidak kelihatan. Mungkin mereka pergi berehat atau pergi bersolat.

Jarak dari pondok panas ke pusat membuang undi kira-kira 200 – 300 meter. Jauhnya bagi orang yang berkerusi roda. Terpaksa pula mendaki bukit.

“Kami sediakan kerusi roda! Kami boleh tolak” kata perayu undi dari parti BN. Cuba menawarkan pertolongan.

“Terima kasih. Bukan masalah kerusi roda. Tetapi jauh untuk ke tempat mengundi. Suami saya tak larat nak mendaki bukit.” jelas isterinya.

Sementara menunggu isterinya berbincang dengan pegawai polis dan pegawai SPR yang menjaga di pintu masuk dia menanti di dalam kereta. Teringat dia pada pilihanraya tahun 1999. Di tempat yang sama dia mengundi. Tetapi keadaannya jauh berbeza sekali. Dahulu dia sihat dan pergi mengundi tanpa di teman. Kini perlu diangkat dan di bantu.

“Jangan lupa undi Keadilan. Undi bulan!” jeritnya dari dalam kereta kepada pengundi-pengundi yang melintas di hadapan keretanya.

“Ayah ni buat malu saja,” kata anaknya Indah sambil cuba menekup mulut ayahnya. Dia hanya tersenyum. Sudah lama dia tak menjerit sebegini.

“Hancur BN, hancur Umno!” jeritnya lagi. Walaupun jeritan tak sekuat mana tapi sekurang-kurangnya slogan yang pernah dilaungkan sembilan tahun lalu bergema lagi. Dia tersenyum tanda berpuas hati.

Setelah menunggu hampir 20 minit, keretanya di benarkan masuk hingga ke perkarangan tempat membuang undi. Dia diangkat turun oleh menantu dan anaknya.

Semasa diletakkan di atas kerusi roda kakinya terketar-ketar (Spasm). Sememangnya keadaan sebegini biasa terjadi bagi pesakit saraf tunjang. Fenomena begini sering berlaku jika anggota badannya bergoyang atau terhentak.

“Macam ni nak tolak kerusi roda ayah kau di luar sana tadi,” kata isterinya sambil memegang kaki suaminya yang berketar itu.

Setelah ketaran kakinya berhenti, kerusi rodanya ditolak di saluran dua tempat mengundi. Untuk ke tempat mengundi dia perlu menaiki tiga atau empat anak tangga. Mujur ada pegawai polis yang membantu mengangkatnya.

Sambil kerusi rodanya diangkat sempat dia menoleh melihat pangkat di bahu pegawai tersebut.

“Jika satu bintang atau dua bintang berpangkat Inspektor. Ini ada satu crown..DSP pangkatnya” di dalam hatinya berkata.

“Terima kasih Tuan,” katanya sebagai menghargai budi baik pegawai polis tersebut.

Isterinya terus menolak masuk kerusi rodanya ke meja petugas. Setelah di sahkan dia di beri dua kertas undi. Warna kuning dan oren.

“Cik, suami saya tak boleh memegang pensil. Boleh saya pangkahkan untuk suami saya,” tanya isterinya kepada pegawai SPR.

“Boleh!” jawab pegawai SPR.

Isterinya terus menolak kerusi roda ke kotak mengundi. Tanpa di arah isterinya terus memangkah parti pilihan suaminya. Dia cuma tersenyum bila melihat pangkahan isterinya.

Di dalam hatinya berkata, “Tak payah suruh pun dia tahu pilihanku.”

“Pegang kertas undi ni bang! ambil berkat!” kata isterinya. Dia memegang kertas undi seperti yang di minta oleh isterinya sambil tersenyum.

Semasa hendak keluar dari tempat mengundi kakinya berketar lagi. Pegawai SPR yang bertugas di situ memerhatikannya. Malu juga rasa di hatinya. Tetapi apa nak buat, bukan kehendaknya.

Semasa menuruni anak tangga, sekali lagi pegawai polis tadi membantu mengangkatnya. Dia pulang dengan perasaan gembira dan bersyukur. Gembira!, kerana walaupun dalam keadaan kurang berupaya, dia telah berjaya menyempurnakan tanggung jawabnya sebagai rakyat Malaysia.


Selesai Sudah

March 10, 2008
Keputusan PRU telah pun di ketahui umum. Yang kalah terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Yang menang jangan pula mendabik dada. Berkerja dan berkhidmatlah bersungguh-sungguh demi untuk rakyat dan negara. Segala hasil kerja wakil rakyat yang di pilih ini akan di adili semula di PRU 13 nanti.

Blog ini akan berhenti bercerita hal-hal berkaitan politik dan akan kembali mencatatakan kisah-kisah suka duka kehidupannya.

Pun begitu kisah-kisah politik semasa akan di update kan di sini


Gambar Lukisan Hati

March 9, 2008

Selepas keputusan. Nak kena Overhaul kita ni!.


Di hari penamaan calon. Masing2 tersenyum. Over confident.

Hampir2 menjadi kenyataan.

Mari Kita Tengok BN Yang Kena..

March 9, 2008
Klik di sini untuk keputusan terperinci

5 buah Negeri di bawah BA.
  1. Pulau Pinang
  2. Kedah
  3. Selangor
  4. Perak
  5. Kelantan
Di wilayah Persekutuan, BA mendapat 10 kerusi Parlimen. Sementara BN hanya mendapat 3 kerusi sahaja.

Selamat menjadi Pembangkang kepada BN untuk 5 negeri di atas. Pada PRU tahun 2013 kita pastikan 8 lagi negeri turut sama menjadi Pembangkang. InsyaAllah.


Kisah Hari Mengundi

March 8, 2008
Beberapa kali dia terjaga dari tidurnya. Tak selesa tidur dalam kakinya yang terlipat dan membengkok. Dia cuba meluruskan kedua-dua kakinya. Tetapi tak mampu dilakukannya. Di luar keadaan masih gelap gelita lagi. Isteri dan anak-anaknya sedang nyenyak lena dibuai mimpi.

Dia cuba melelapkan mata sementara menunggu tibanya waktu subuh. Terlena seketika diulit mimpi. Sebentar kemudian dia terjaga lagi dari tidurnya. Kali ini matanya sukar dipejamkan kembali. Teringat akan mimpi yang di alami tadi. Mimpi pergi mengundi. Bukan setakat mimpi mengundi tapi mimpi dikejar oleh anjing dan babi ketika pulang dari mengundi. Sempat dia berlari menyelamatkan diri. Walaupun tak suka dengan anjing dan babi tapi dia suka dengan mimpinya itu. Hanya dalam mimpi dia boleh berjalan dan berlari.

***************

Jam 2.30 petang, dia bersiap-siap untuk pergi mengundi. Tak sabar rasa di hati. Maklumlah lima tahun sekali. Seperti seorang bayi kecil, dia di dandankan oleh isterinya. Di pusingkan ke kiri, di pusingkan ke kanan untk dipakaikan baju dan seluar. Berseluar hitam, berkemeja T warna hitam dan berstokin hitam tanpa sepatu. Memang warna hitam warna kegemarannya sejak dahulu. Seperti tema blognya juga ‘Hitam’.

“Abang ni suka sangat pakai baju warna hitam. Panaslah!” tegur isterinya.

Sepantas kilat dia menjawab, “Bukan abang nak berjemur di tengah panas. Dalam kereta kan ber aircon!”

“Ayah pakai gelang ni, gelang Pemuda Umno. Nanti senang orang BN sorong kerusi roda ayah,” usik anaknya sambil cuba menyarungkan gelang bewarna oren ke pergelangan tangan ayahnya. Gelang yang sering kelihatan dipakai oleh Khairy Jamaludin.

Dia menepis tangan anaknya sambil berkata, “Maaflah, Umno dan BN tak mainlah!”

Inilah pertama kali dia keluar rumah sejak pembubaran parlimen. Tersenyum dia melihat kibaran bendera-bendera di kiri dan kanan jalan. Barulah dia terasa bahang pilihanraya walaupun kempen pilihanraya sudah pun berakhir semalam. Selama tempoh dua minggu berkempen, dia hanya dapat menyaksikan melalui internet dan dari kaca TV.

Nanti kusambung lagi kisahnya sementara menanti keputusan PRU.


Selamat Mengundi

March 6, 2008

Aku pun tak mahu ketinggalan berkempen. Cuma tinggal satu hari lagi. Parti memerintah telah menyalahgunakan kuasanya. Saban hari menggunakan TV dan Radio mahu pun media cetak dengan propaganda kempennya. Jadi tak salahlah bloggers2 pun turut berkempen di blognya.

Gembira hati, walaupun agak payah membuat poster imej di atas, tapi jariku mampu turut berkempen juga. Cuma kata-kata dan logo yang kupinjam.

Kepada pengunjung-pengunjung blog ini “Selamat Mengundi & Undilah Dengan Bijak”. Di hari pembuangan undi nanti jangan lupa niat ya “Sahaja aku naik Roket untuk pangkah Bulan kerana Keadilan”. Gurau jer….

Harap2 9 March nanti wajah depan Utusan Melayu seperti ini.

Terima kasih sahabatku SheikhTelukIntan dan Mann67. Kata-katamu kupinjam.