Kerajaan negeri P.Pinang & Perak membatalkan saman letak kereta dan saman penjaja untuk tempoh satu hari sebagai menghargai sokongan yang di terimanya pada PRU yang lepas. Kerajaan negeri Selangor pula memberi subsidi air mulai April ini.
Di Kedah pula, Menteti Besarnya mengumumkan penurunan cukai tanah sehingga 30% dan pemberian tiket percuma untuk menyaksikan perlawanan bolasepak liga super.
Yang cuba di highlight kan oleh tuan blog pada video di atas ialah tentang sikap profesional pemimpin MCA dan Gerakan yang tidak menawarkan diri di dalam pembentukan kabinet baru. Mereka sedar rakyat sudah memberi isyarat untuk tidak menerima kepimpinan mereka lagi.
Bagaimana pula dengan kepimpinan Umno, tak berhasratkah untuk berundur? Atau mahu di undurkan oleh rakyat sebagaimana yang terjadi kepada menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri di PRU tempohari. Fikir-fikirkanlah ya!
Dengarkan suara rakyat P.Pinang di sini
KS - Menanti perlantikan MB Terengganu pula. Adakah Datuk Idris Jusoh menerima nasib yang sama seperti Shahidan Kassim? Tunggu…..!
