Salam Sejahtera Dari Kassim Selamat
April 11, 2008Black 14′ Kau Datang Lagi
April 7, 2008
Kenanganku semasa himpunan Kesas bersama Sdr Azmin Ali & di hari pembebasan Sdr Mahfuz Omar di penjara Kajang.
Gambar kenanganku berkempen di Pilihanraya kecil Sanggang dan demontrasi bersama rakyat Terengganu di Kementerian Kewangan Jalan Duta.
Esok 14 April 2007, tiba lagi tarikh keramat yang di kenali sebagai ‘Black 14′. Tetapi kali ini suasananya tidak seperti suasana 14 April 1999 lapan tahun yang lalu. Tarikh yang di katakan runtuhnya sistem perundangan di negara kita. Enam tahun Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di jatuhkan hukuman penjara atas alasan dan tuduhan menyalahgunakan kuasa…rasuah.
Lapan tahun lalu, pagi-pagi lagi aku telah keluar memandu ke arah stesyen LRT Bandar Tun Razak. Aku letakan keretaku di situ dan menaiki LRT menuju ke perhentian Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Aku tahu keadaan di Kuala Lumpur ketika itu tentu hiruk pikuk dan aku tidak mahu mengambil risiko parking di situ.
Sesampai sahaja di sana bulu romaku meremang bila melihat ribuan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sekitar kawasan Masjid Jamek dan di sepanjang Jalan Tun Perak. Kawasan di situ di penuhi dengan slogan-slogan dan bendera-bendera yang menyokong DSAI. Di jalan berhampiran mahkamah sepasukan polis dan FRU berdiri gagah menanti arahan.
Reformasi!! Reformasi!! Reformasi!! itulah slogan keramat yang bergema pagi itu di sekitar pusat bandar. Sungguh bersemangat sekali aku waktu itu dan hari itulah aku buat pertama kalinya merasai kepedihan pancutan air yang di muntahkan dari ‘water canon’ pehak FRU.
Sudah banyak cerita-cerita berkaitan dengan reformasi telah kupapar di blog ini. Aku kurang bertenaga hari ini untuk menaip lebih panjang lagi ceritanya. Cukuplah dengan cerita rengkasku ini. Klik di sini untuk mengimbau Nostalgia lapan tahun yang lalu.
Klik di sini
ReformasiKini segalanya tinggal kenangan. Aku tidak secergas dahulu lagi. Pun begitu semangatku tetap membara. “Lawan Tetap Lawan”
Reformis Lumpuh
Ex- Setiausaha Pemuda Parti Keadilan
Bahagian Bukit Bintang
Tarikh 4 April
April 6, 2008Hari ini 4 April 2008. Genap 9 tahun tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (dahulunya Parti Keadilan Nasional)
Pagi 4 April 1999, aku ke Hotel Rennaisance Jalan Ampang menghadiri perasmian parti. Meriah dan bersemangat hari itu. Pendaftaran keahlian di buka hari itu. Dan aku di antara ribuan penyokong DSAI yang mendaftar keahlian hari itu.
Selepas tamat majlis perasmian, dengan di ketuai oleh ’srikandi’ Nora kami melaungkan slogan ‘Reformasi’ di hadapan hotel tersebut. Bersemangat kami!
Antara slogan yang kami laungkan “Hancur² hancur Umno” & “Yang kaya bertambah kaya, Yang miskin papa kedana” & “Bila untung kasik Renung, Bila rugi rakyat tanggung…Reformasi!”.
Kami bersurai selepas beberapa seketika berdemontrasi di hadapan hotel.
Tak sangka parti yang ditubuhkan 9 tahun lalu kini berjaya menerajui beberapa buah negeri. Agak terkilan juga hatiku kerana tak dapat meraikan di luar sana ketika parti di ambang kejayaan semasa PRU tempohari.
Senyum Kambing
April 5, 2008Blog Dato’ Seri Khir Toyo
March 31, 2008Komen yang kuberikan di blog Dato’ Seri Khir Toyo. Di approved kan jam 2.50 pagi tadi. Beliau tak tidur lagi sepertiku juga. Betul ke ni blog beliau? entah² Umno pasang perangkap. Percuma saja masuk lokap kepada mereka yang menghentam beliau.hehehe
Salam Dato’ Seri,
Pertama tahniah di atas kelahiran blog ini.
Di harap rakan² Dato’ yang lain yang tewas mahupun yang menang turut mengikuti jejak Dato’ berblog. Dengan berblog suara pemimpin lebih dekat di hati rakyat.Percayalah!
Saya bukanlah penyokong setia Dato’. Saya adalah seorang di antara ribuan/jutaan rakyat di luar sana yang gembira apabila Selangor jatuh ke tangan Barisan Rakyat.
Kami sudah mual dengan sikap sesetengah pemimpin BN khasnya Umno yang tidak berani bersuara di atas kebenaran.
Semoga PRU 12 ini memberi pengajaran kepada mereka semua. “Suara Rakyat Suara Keramat”
Akhir kata, semoga Dato’ Seri sukses di dalam memperjuangkan nasib bangsa melayu.
Dari saya warga OKU yang prihatin.
“Lawan Tetap Lawan, Tidak minggu ini minggu depan, Tidak bulan ini bulan depan, Tidak tahun ini (1999) tahun depan (2008)” kata² keramat Dato’Seri Anwar Ibrahim.
March 31, 2008 4:51 PM
Kisah Songkok
March 25, 2008Ahmad Said berkata beliau tidak perlu menjalani upacara angkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu yang baru kerana beliau telah menerima watikah pelantikan jawatan tersebut daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.
Seterusnya baca di sini.
Klip video berkaitan songkok di sini.
Ks - bukan memfitnah cuma menyampaikan cerita saja.
Umno Derhaka
March 23, 2008

Umno, menang pun bergaduh. Kalah pula berdemontrasi. Rakyat gelak dan mual melihat sikap Umno yang laparkan kuasa.
Berbagai pertubuhan NGO mewakili kaum melayu tiba-tiba muncul konon untuk menyatupadukan orang melayu yang di katakan berpecah belah. Yang berpecah belah adalah Melayu Umno bukannya orang melayu.
Di Terengganu, 23 Adun Umno menunjukkan sikap derhaka kepada Sultan. Berkaitan di Malaysiakini di sini.
Mereka lupa kepada prinsip Rukun Negara “Kesetiaan Kepada Raja & Negara“
Inilah MB yang ditolak. Mungkin ini balasan kerana sikapnya di sini
KS – Pak Lah ke litar Sepang menyaksikan perlumbaan Formula One sambil mencari ilham dan mencari Formula untuk PRU 13.
Hangpa Pikiaq Sendiri!
March 20, 2008
“PM tidak akan melantik menteri-menteri yang tewas di dalam kabinet barunya” Begitulah lebih kurang bunyi petikan dari akhbar.
Sharizat Jalil yang tewas di tangan Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai di lantik sebagai Penasihat Khas Hal Ehwal Wanita bertaraf menteri kepada Perdana Menteri. Jawatan lamanya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di ambil alih oleh Dr. Ng Yen Yen.
Komen Marina Mahathir di sini.
KS - Beruntung Sharizat! walaupun tewas tetapi tenaganya masih di perlukan oleh PM. Tak bertindih ke nanti tugasnya dengan Ng Yen Yen? Adakah perlantikan Sharizat bertujuan untuk mengambil hati pergerakkan wanita Umno sahaja? Teringat kata-kata Nabil ‘Raja Lawak Astro’…”Hangpa pikiaq sendiri” videonya di sini.
Ringankan jari anda dengan mengundi pertanyaan saya di sebelah. Terima kasih.
Sendiri Mahu Fikirlah!
March 17, 2008Kerajaan negeri P.Pinang & Perak membatalkan saman letak kereta dan saman penjaja untuk tempoh satu hari sebagai menghargai sokongan yang di terimanya pada PRU yang lepas. Kerajaan negeri Selangor pula memberi subsidi air mulai April ini.
Di Kedah pula, Menteti Besarnya mengumumkan penurunan cukai tanah sehingga 30% dan pemberian tiket percuma untuk menyaksikan perlawanan bolasepak liga super.
Yang cuba di highlight kan oleh tuan blog pada video di atas ialah tentang sikap profesional pemimpin MCA dan Gerakan yang tidak menawarkan diri di dalam pembentukan kabinet baru. Mereka sedar rakyat sudah memberi isyarat untuk tidak menerima kepimpinan mereka lagi.
Bagaimana pula dengan kepimpinan Umno, tak berhasratkah untuk berundur? Atau mahu di undurkan oleh rakyat sebagaimana yang terjadi kepada menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri di PRU tempohari. Fikir-fikirkanlah ya!
Dengarkan suara rakyat P.Pinang di sini
KS - Menanti perlantikan MB Terengganu pula. Adakah Datuk Idris Jusoh menerima nasib yang sama seperti Shahidan Kassim? Tunggu…..!

Posted by lagendabuta 

Posted by lagendabuta
Posted by lagendabuta 





